Garis jalan Tengkat Tung Shin harus dilukis semula

Jalan Tengkat Tung Shin baru mendapatkan turapan jalan, satu inisiatif yang baik dari DBKL untuk kawasan perlancongan di sekitar tempat ini.

Oleh kerana ‘road marking’ tempat letak kereta masih belum dicat, tiba-tiba ia telah menjadi parkir haram.

Saya melalui tempat ini dan mendapati pihak polis sedang memberi saman yang terletak tepi jalan. Kami telah menghubungi DBKL JPB dan JKAWS agar mempercepatkan penyediaan ‘road marking’ garis jalan.

Walaupun saya telah memberitahu pihak polis trafik, namun ada beberapa kenderaan telah diisu saman. Selepas saya beredar, saya nampak ada pemilik kenderaan meluahkan perasaan tidak puas hati dengan anggoa polis.

Saya berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin agar salah faham dapat dielak.

Leave a Reply