Gerai Zamay Nasi Lemak di Diamond Square

Adik Maya dan keluarga menjual nasi lemak dengan jenama Zamay Nasi Lemak di depan lampu isyarat Diamond Square. Mereka menetap di Batu 6 Jalan Gombak dan menjalankan perniagaan dari 11 tengah malam sehingga 3 pagi setiap hari.

Bukan senang untuk berniaga zaman sekarang. Untuk mengelakkan daripada persaingan, mereka memilih untuk berniaga pada tengah malam. Risiko keselamatan mungkin ada, demi mencari pendapatan halal.

Sekiranya anda balik kerja lewat, bolehlah cuba nasi lemaknya. Sedap tak terhingga. Ingat, minta sambal banjir!

Sokong perniagaan tempatan!