Gotong royong di Seksyen 1 Blok A dan B

Gotong royong di Blok A dan B, Seksyen 1. Saya meluangkan masa bersama pengerusi persatuan Hj John dan pimpinan komuniti setempat.

Kawasan zon sini berada di bawah penjagaan yang baik oleh Sdr Meor. Saya berpesan kepada semua, DBKL seharusnya membuat tindakan berpandukan SOP yang ada dan bukannya menggunakan emosi.

Ada rintihan berkenaan dengan unit flat yang tidak bertanggungjawab memasang jeriji, dan menghalang laluan penduduk. Perkara yang sama berlaku dengan ketara di Seksyen 1, 2 dan 4. Saya berharap DBKL dan COB dapat menjalankan tindakan secepat mungkin.

Selepas program ini, saya menyeru agar blok yang lain di Seksyen 1 turut menjalankan gotong royong sebelum bermulanya bulan puasa.