Gotong Royong di Seksyen 1

Majlis Perwakilan Masyarakat Subzon 6 membuat gotong royong bersama Tn Meor DBKL dan Alam Flora di Blok F, Seksyen 1.

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen dan KEADILAN Wangsa Maju turut serta dalam kegiatan komuniti ini.

Selain daripada membersihkan kawasan dan mencantas pokok, pasukan kami juga menolong untuk membersihkan objek yang menghalang koridor flat.

Kebelakangan ini, banyak kes denggi timbul khususnya di kawasan Blok C dan F. Akan ada gotong royong berterusan di minggu-minggu akan datang.