Gotong Royong Santai MAWADAH Kampung Puah

MAWADDAH Muslimmah Kampung Puah mengadakan Gotong Royong Santai pada pagi Ahad lalu. 2 minggu lepas, ada gotong royong yang seumpama di kawasan kubur Kampung Puah. Tetapi yang berbeza kali ini adalah gotong royong ini bertumpu di kawasan cerun dan sering banjir di sekitar Dataran Ilmu.

Ramai penduduk telah turun termasuk Prof Hamidah, pengerusi MAWADDAH dan Hj Rosden, pengerusi PADU. Kedua-dua ketua kampung Puah dan Puah Seberang; Sdr Khalid dan Pak Hasan Jauma juga terlibat bersama dalam program ini.

Begitu juga Tuan Razali, JKM dan Abang Dollah, seorang kenalan lama yang juga pengerusi PAWE Wangsa Maju yang telah mengaturkan seramai 20 pembantu dari pelatih JKM yang datang menolong.

Saya akan menyusul dalam mesyuarat bersama DBKL nanti, setelah kami membuat lawatan dengan DBKL berkenaan isu cerun, jalan dan banjir yang telah lama berlarutan. Moga-moga dalam masa terdekat ini, ada petanda penyelesaian masalah ini.