Gotong Royong Tanah Perkuburan Kampung Puah

Saya datang melawat kawan-kawan yang menjalankan kegiatan gotong royong di tanah perkuburan Kampung Puah, ditemani oleh Sdr Azmee, Naib Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju.

Program anjuran PEWARGA melibatkan jumlah sukarelwan seramai 150 orang, terdiri daripada pelatih perintah khidmat masyarakat JKM dan penduduk kampung.

Hadir bersama adalah Sdr Khalid, Ketua Kampung Puah, Hj Rosden Pengerusi PADU dan pengerusi Khairul Bahri Ishak, Pengerusi PEWARGA. Nampaknya saya harus membawa lebih banyak kalendar untuk penduduk kampung lain kali.

Sampai di sini, saya mengambil kesempatan untuk melihat masalah tanah Surau Nazariah yang semakin mendap. Begitu juga rumah abang Din yang terletak di tebing cerun bersebelahan Dataran Ilmu.

Memang saya bertujuan membawa isu penduduk, dengan harapan lantikan saya sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur boleh menyelesaikan masalah. Saya akan bermesyuarat lagi dengan jabatan DBKL yang berkenaan untuk mengikhthiarkan jalan penyelesaian buat penduduk Kampung Puah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.