Hari Bertemu DBKL & Teh Hijau 2024

Hari Bertemu DBKL dan Pameran Teh Hijau berlangsung di Stadium Cheras 27 Januari 2023. YB Dr Zaliha, Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), merasmikan program ini dan pada masa yang sama mengiringi YB Dato Seri Dr Wan Azizah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, dan Datuk Azman Abidin, Setiasuaha Politik Perdana Menteri sebagai tetamu VVIP.

Terdapat pelbagai aktiviti riadah dan pameran daripada jabatan-jabatan DBKL. Antara kiosk yang paling sibuk merupakan kiosk Jabatan Penguatkuasa – ramai berpusu-pusu ke JPK untuk membayar saman di lapangan. KLFm turut berada di program untuk memberi liputan secara langsung.

Turut hadirbersama adalah Dato’ Indera Noridah Binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan Datuk Kamarulzaman Bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.