“Hawker Street” @ Taman Setapak Indah – Persoalan yang belum terjawab.

“Hawker Street” @ Taman Setapak Indah – Persoalan yang belum terjawab.

2 Julai 2020, Taman Setapak Indah telah diadakan penyerahan lesen penjaja sementara oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kepada 97 penjaja (artikel FB Menteri).

Ramai penduduk setempat kesal dengan keputusan Menteri. Hampir berbelas tahun penduduk memperjuangkan Isu Penempatan Penjaja Uptown dan akhirnya berjaya pada Januari 2020. Namun kini, mimpi ngeri itu dilihat bakal melanda semula dengan adanya “Hawker Street” ini.

Sewaktu proses penempatan penjaja Bazaria Wangsa Maju, Isu Penjaja Jalanan ini turut dibincangkan bersama. Cadangan asal dipersetujui adalah memindahkan penjaja ini ke tapak letak kenderaan Bazaria Wangsa Maju dan dibenarkan berniaga pada waktu siang hari. Ini lebih teratur dan memudahkan pembeli serta penjaja menjalankan urusan. Bancian asal penjaja pada Januari 2020 adalah lebih kurang 30 orang.

Apa yang mengejutkan adalah sewaktu penyerahan lesen tempoh hari, jumlah yang diserahkan adalah seramai 97 orang.

Menteri Wilayah Persekutuan dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu memperjelaskan…

Sumber berita: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1655326567966118&id=165218133643643