Hujan lebat merosakkan bumbung rumah di Kampung Setia Jaya

Chedet dan Asri dari pihak persatuan penduduk menghubungi kami berkenaan isu bumbung tercabut akibat angin kencang semalam di Kg Setia Jaya. Ini bukan kali pertama ia berlaku, tapi ia merupakan yang paling serius kali ini.

Saya telah ke Jalan Jaya 1 untuk penilaian kerosakan dan kelihatan mereka mula membuat pemasangan semula bumbung secara gotong royong. Pejabat kami juga telah berhubung dengan pihak Baitumal dan pada masa yang sama kami akan selaraskan bantuan kepada penduduk.

Kebetulan salah seorang penduduk Pak Amir mengadakan majlis pertunangan hari ini. Rumahnya juga mengalami kerosakan tetapi masih lagi terkawal.