Hujan ribut di Kuala Lumpur

Hujan lebat di Kuala Lumpur menyebabkan pokok-pokok di Parlimen Wangsa Maju tumbang sehingga akar tercabut.

Laporan yang saya dapati daripada warga Wangsa Maju, kejadian berlaku di Blok E Seksyen 2, Blok D Flat Danau Kota, Jalan Cengal Selatan, Jalan Langkawi, Jalan Ibukota dam Jalan Jerejak.

Pada masa yang sama, saya sendiri juga terkandas di tempat lain.

Mujurlah tempoh PKPB tidak ada banyak kenderaan atas jalan raya. Tiada kemalangan atau kerosakan dilaporkan.

Saya berterima kasih kepada pihak DBKL, JPAM dan Bomba yang bergegas ke tempat-tempat kejadian walaupun mendapat panggilan saat-saat terakhir daripada saya.