Iftar bersama Datuk Hakim dan Datin Ezy

Memenuhi jemputan seorang kenalan lama Datuk Hakim Hamidi dan isterinya Datin Ezy Ezlyana untuk majlis Iftar tadi di Cosy Place.

Bukan sahaja saya, malah ahli-ahli KEADILAN Wangsa Maju juga dijemput untuk berbuka puasa bersama. Turut hadir adalah YAM Raja Shubaidah dan YB Juwariah, Penyelaras DUN Hulu Kelang.

Ramai mungkin tidak tahu, YB Ju merupakan anak tempatan dan membesar di Wangsa Maju. Telah lama tidak jumpa dia, saya berdoa beliau sihat dan tabah sentiasa.

Kami semua meluangkan masa sebaiknya untuk perbincangan yang berfaedah untuk parti dan politi semasa. Jagalah silaturahim, elak daripada sebarang perbuatan membelakangi persahabatan.

Leave a Reply