Iftar Rahmah Madani MAIWP di Masjid Zaid bin Haritsah

Memenuhi jemputan Hj Aizul, pengerusi Masjid Zaid bin Haritsah dalam program penyediaan bubur lambuk pagi tadi.

Bubur lambuk ini akan diagih di hadapan masjid setiap hari Sabtu.

Selain daripada ini, masjid juga terlibat dalam kempen Iftar Rahmah Madani bersama MAIWP yang menyediakan makanan panas setiap hari dalam bulan Ramadhan.

Altiviti-aktiviti masjid ini juga menarik ramai sukarelawan dari UIA untuk turut serta dalam program ini.

Ramai kenalan saya ada di kalangan jemaah, seperti Ir Azman, Usop dan Kak Yati turut bersama dalam program. Sekali lagi, tahniah saya ucapkan kepada Hj Aizul dan pasukannya.

Leave a Reply