Iltizam Reformasi Membina Negara

ILTIZAM REFORMASI MEMBINA NEGARA

🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Setiap tahun pada hari ini, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia untuk memperingati sejarah pembentukan sebuah persekutuan federalisme dengan Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi satu identiti.

Kepelbagaian tidak dijadikan pemisah, malah menyerlahkan lagi keunikkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

Pada hari yang bermakna ini, sedang kita meraikannya seluruh negara, marilah kita melafazkan ikrar dan megukuhkan iltizam membina semula negara. Dengan agenda reformasi sebagai pemangkin, kita tunjukkan bahawa walau apa pun cabaran, rakyat akan bangkit mengharungi bersama dalam satu suara.

Semaikan rasa bangga dengan negara.
Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 58.

🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Andre Lai
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju