Impak pembinaan MRT3 di Jalan Langkawi Wangsa Maju

Minggu lepas saya menerima temuramah daripada akhbar Sin Chew berkenaan dengan perkembangan di Jalan Langkawi. Yang dimaksudkan adalah pembangunan MRT3 di mana aliran trek akan melalui Jalan Langkawi.

Banyak yang akan berubah dalam masa 3 tahun akan datang. Pembinaan tiang dan trek terbuka pasti akan menjejaskan kegiatan sosio ekonomi di kawasan ini.

Yang paling ketara adalah tempat letak kereta yang pasti akan dimansuhkan kerena pembinaan yang melibatkan kawasan yang luas, atas nama keselamatan. Sekiranya tempat letak kereta tiada lagi, begitu juga kedai-kedai makan yang pasti terjejas.

Mengimbas kembali Jalan Langkawi, tidak lama dahulu 10 tahun sebelum ini, jalan ini tidak sibuk sebenarnya. Hanya kerana pembinaan rumah yang pesat menyebabkan jalan dalaman ini menjadi laluan utama penduduk.

Pada waktu malam, kenderaan terletak di sebelah jalan dengan kadar yang tinggi ditambah pula warung malam yang menjalankan perniagaan.

Stesen MRT3 di Jalan Langkawi pasti mendatangkan kesan yang besar. Semenjak kali pertama saya berjumpa dengan MRT3 pada 2021, (bersama mantan YB Datin Paduka Dr Tan Yee Kew), penduduk di Wangsa Maju telah mula mengetahui rancangan tren di kawasan sini. Oleh itu mereka tidak lagi terkejut.

Saya menerima kunjungan dari MRT3 minggu lepas. Dalam masa terdekat ini, saya akan duduk bersama JPIF dan JPB untuk mendapatkan senario laluan trafik serta tempat letak kereta selepas pembinaan semula.

(Gambar sebagai hiasan)

Leave a Reply