Isu Covid 19 yang merebak di Wangsa Maju

Gambar ini diambil semasa sidang akhbar “Wangsa Maju Job Fair 2020” bersama Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju. Pemberita Kwong Yik Jit Poh mengambil kesempatan untuk bertanya pasal kes Covid 19 di Genting Court.

Saya percaya kes ini – yang berlaku minggu lepas menyebabkan warga kota berasa panik. Banyak akhbar telah membuat liputan berkenaan dengan kes ini – Harian Metro, Kwong Wah Jit Poh, Oriental Daily, Guang Ming Daily, China Press dan Sin Chew Jit Poh.

Ekoran daripada laporan media, pegawai KKM telah pun berkunjung melawat kawasan dan memberi jaminan kes ini akan di bawah pantauan mereka.

Maka, berharap kita boleh menutup bab ini dan warga kota boleh teruskan kehidupan masing-masing dengan SOP yang dicadangkan KKM.