Isu longkang pecah dan paip bocor di Seksyen 4

Pihak JMB menghubungi saya berkenaan dengan Isu saliran Air Selangor bocor berdekatan SK Wangsa Jaya telah selesai. Saya menghubungi AirSelangor di Gombak untuk mempercepatkan kerja pembaikpulihan.

Sesudahnya pertukaran paip, pihak kontraktor menurap kembali kawasan yang terjejas serta merta.

Terdapat satu isu lagi yang saya berharap pihak landskap DBKL boleh mengambil tindakan terhadap pokok sebelah longkang di tempat yang sama. Akar yang semakin membesar akan menjejaskan infrastruktur saliran paip.