Pokok dan Tiang TNB yang merbahaya di SJKC Wangsa Maju

Isu pokok dan tiang TNB di SJKC Wangsa Maju telah selesai. Encik Tan dari pihak pengurusan menghubungi saya berkenaan dengan kabel TNB kendur dan tiang condong yang berisiko tinggi terhadap murid murid sekolah. Saya menyusul isu kepada pihak TNB untuk jalan penyelesaian.

Pihak sekolah turut menolong untuk mencantas pokok yang bermasalah, agar memudahkan kerja TNB.

Pada masa yang sana, masalah sampah sarap komersil bertimbun di belakang sekolah pihak Alam Flora telah mengambil tindakan pagi tadi.