Isu tandas di Pasar Raja Bot

Saya menerima aduan awam berkenaan dengan isu tandas di Pasar Raja Bot yang baru. Saya dan Pn Carmen Leong telah pun ke sini 2 minggu yang lepas. Pagi tadi, kami berkunjung ke pasar sekali lagi untuk menjadi ‘spy’ tanpa iringan sessiapa. Sambil berbual-bual dengan peniaga dan pelanggan, kami cuba memahami sejauh mana kemudaratan isu yang berbangkit.

Pembinaan semula pasar telah mencapai fasa 3, daripada 4 fasa keseluruhannya. Pasar ini, merupakan satu ikon untuk sekian lamanya dan dengan pembinaan semula, ia mampu memberi nafas baru kepada pasar yang bersejarah ini. Reka bentuk Pasar Raja Bot cukup cantik dan selesa, seperti Pasar Chowrasta di Pulau Pinang yang telah menjadi tarikan pelancong.

Namun operasi seharian pasar sering terjejas akibat masalah air. Penyelia pasar DBKL En Rahman cukup prihatin tampil untuk memberi penjelasan terhadap isu yang ada. Akan kami bawa ke mesyuarat ahli lembaga besok. Saya percaya, selain daripada isu bajet, masih ada lagi penyelesaian menang-menang untuk semua.

Selaku Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, kami seharusnya menjadi mata dan telinga kepada Datuk Bandaraya Kuala Lumpur.

One thought on “Isu tandas di Pasar Raja Bot

  1. passiveincomepro23 July 1, 2024 at 3:53 pm

    Hey there! We sincerely apologize for the comment on your website. We’re committed to improving and learning. Join PassiveIncomePro, our vibrant community empowering individuals like you to unlock the secrets of passive income. Discover valuable resources, and connect with like-minded individuals on your journey to financial freedom. Get started and begin your journey to financial independence. Please note, this website is open to USA residents only. Let’s embark on this transformative journey together and make a positive impact!

    http://slickwaves.com/

Leave a Reply