Isu Tangki Air dan lawatan penduduk PPR Gombak Setia

Semalam, saya berkunjung ke PPR Gombak Setia untuk membuat susulan terhadap isu tangki dan pejabat persatuan yang baru bersama pengerusi Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia, Hj Khair dan pengerusi KRT, Hj Hassan.

Pada masa yang sama, saya juga berkesempatan untuk melawat isteri arwah dua orang ahli KEADILAN di PPR Gombak Setia – Jojo dan Nazri yang baru meninggal dunia. Tidak sempat saya berterima kasih kepada mereka yang telah mengundi kami dalam pemilihan KEADILAN yang lalu.

Sedikit sumbangan daripada Ahli Parlimen Wangsa Maju, diharap dapat mengurangkan beban mereka dalam menghadapi kesukaran hidup.

Salam takziah saya ucapkan sekali lagi kepada keluarga arwah.