Masalah turapan jalan di beberapa kawasan

Jalan Chong Hwa telah mendapat turapan jalan baru bulan lepas. Namun ada sesetengah kawasan mengalami banjir kilat selepas jalan diturap. Begitu juga di Langkawi Apartment dan Jalan Meranti air bertakung semalam setelah hujan lebat.

Saya telah berbincang dengan JKAWS untuk segerakan pembaikpulihan. Mereka kontraktor dan Pn Ainna DBKL telah turun padang ke kawasan terjejas berjumpa dengan pengadu Encik Tee di Kampung Chong Hwa tengah hari tadi. Mereka juga meninjau isu yang sama di Jalan Langkawi.

Saya tidak sempat turut sama tadi, kerana saya mempunyai sesi bersama wartawan. Tidak apa, sekurang-kurangnya DBKL bertindak pantas kali ini. Saya berharap pasukan boleh mendapatkan penyelesaian secepat mungkin.

Leave a Reply