Jabatan Penrancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL

Jabatan Penrancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL antara jabatan yang paling awal saya memberi kunjungi setelah saya dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL. Pengarahnya, Tn Muzammer merupakan seorang kenalan semasa beliau berada di jabatan perlesenan lagi.

Banyak yang telah dibincangkan, termasuk pengalaman beliau semasa beliau bertugas di pejabat cawangan DBKL Wangsa Maju 20 tahun yang lalu.

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jabatan ini adalah amat penting untuk sebarang urusan melibatkan DBKL dan pihak swasta. Inilah jabatan yang menguruskan permohonah unit rumah mampu milik (RUMAWIP).