Jalan berlubang di Jalan Kolam Air

Beberapa hari yang lalu penduduk sekitar Jalan Kolam Air membuat aduan jalan yang berlubang.

Lokasi jalan ini berada tepat di atas sempadan Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ia juga jalan utama menghubungkan Desa View Tower dan Bukit Mas yang terletak dalam Parlimen Wangsa Maju.

Saya menyeru kepada pihak DBKL agar segera membuat penyelenggaraan kerana lubang ini merbahayakan pengguna jalan, terutama waktu hujan.

Kerja penambahbaikan telah bermula dan dijangka akan siap pada petang yang sama.