Jalan dan longkang bermasaalah di Jalan Danau Saujana

Ada beberapa wakil penduduk, termasuk Sdr Avtar dari pihak pengurusan PV16 menyusul aduan jalan rosak di Jalan Danau Saujana hadapan CrystalVille.

Telah beberapa kali turapan jalan yelah dibuat tetapi ia kembali rosak dalam masa yang singkat.

Siasatan mendapati ia berpunca daripada air yang melimpah dari longkang di siarkaki. Ada juga kemungkinan bahawa akar pokok yang besar telah merosakkan struktur dalaman longkang.

Pihak JKAWS dan Cawangan DBKL akan meneliti cadangan dan akan menjalankan tindakan dalam masa terdekat ini. Saya berharap ia dapat dimulakan bulan ini juga.