Jalan di hadapan PPR Wangsa Sari ketika hujan

Jalan di hadapan PPR Wangsa Sari amat teruk terutamanya ketika musim hujan.

Aduan telah dibuat oleh Sdr Nik Omar melalui MPP sebelum PKP. Kami juga pernah menyuarakan isu ini di sesi townhall DBKL.

Beberapa hari ini, pihak DBKL telah menyempurnakan penurapan jalan di hadapan perumahan Wangsa Sari.

Terima kasih kepada penyelia kawasan Tn Meor yang banyak bekerjasama dengan pejabat YB selama ini.