Jalan Jernai sering mendap

Jalan Jernai menimbulkan kontroversi beberapa bulan lepas berkenaan dengan status jalan. Mereka yang menetap di Medan Idaman memahami bahawa jalan pintas ini sebenarnya terletak di lot persendirian dan belum digazetkan sebagai laluan DBKL.

Kami pernah membawa isu ini kepada pihak DBKL cawangan agar ia diturap sebaik-baiknya kerana ia telah menjadi laluan harian kepada penduduk setempat.

Semalam DBKL telah memperbaiki sebahagian jalan yang telah mendap. Walaubagaimanapun masih lagi masalah sistem pemparitan dibawah tanah yang sering menyababkan struktur tanah mendap.

Kami berharap agar DBKL boleh sering memantau jalan ini.