Jalan Langkawi menjadi tumpuan mat rempit

Seringkali di Jalan Langkawi, terdapat aduan mat rempit berkeliaran dari McDonalds menghala ke Langkawi 101 pada lewat malam.

Saya bersempatan berada di kawasan tersebut dan melaporkan kepada Tuan Rudy, OCS Balai Setapak.

Tidak sampai 10 minit, kereta peronda telah ke tempat kejadian. Meskipun kekuatan anggota agak berat untuk menampung 400,000 penduduk Setapak, saya percaya Balai Polis Setapak dalam keupayaan maksima mereka menunaikan tanggungjawab dengan hemah.

Dalam masa terdekat ini, kami akan memohon kepada DBKL untuk mendirikan bonggol jalan (speed breaker).