Jamuan Ulangtahun Jojo Linedance 2023

参加 JOJO 排舞班主办的交流晚宴。筹委会主席叶女士和 Julie 一直在为文良港附近的青老年人举办社交舞课程。

这类有益身心的社交活动值得鼓励。我祝愿 JOJO 排舞班有个美好的 2023 年。

Menghadiri jamuan ulangtahun pengamal tarian masyarakat yang beraktif di Parlimen Wangsa Maju. Kumpulan ini dikenali dengan name Jojo Line Dance diasaskan oleh Pn Yap dan Julie – adalah antara mereka yang aktif dalam mempromosikan senaman tarian kepada penduduk warga emas di sekitar kawasan Setapak.

Mereka adalah kenalan lama saya, dari saya belum berkecimpung dalam KEADILAN lagi. Mereka menjemput saya sebagai tetamu terhormat. Saya amat berbesar hati.

Hari ini mereka membuat jamuan mega bersama rakan-rakan tarian, pertama kali selepas pandemik. Saya berharap usaha ini dapat diteruskan, dan sekiranya boleh melibatkan komuniti majmuk, ia akan menjadi lebih bermakna selaras dalam konsep Malaysia Madani.