Jangan salahgunakan pemberian lesen peniaga

JANGAN SALAH GUNAKAN PEMBERIAN LESEN

Kuala Lumpur, Rabu 7 Oktober 2021 –
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dan Pejabat Cawangan Wangsa Maju telah melaksanakan tindakan khas terhadap aktiviti penjajaan yang dikendalikan oleh warga negara asing di sekitar Setapak, Kuala Lumpur pada Selasa 5 Oktober 2021.

Tindakan khas ini melibatkan aktiviti penjajaan makanan dan minuman yang dikendalikan oleh warga negara Indonesia, Thailand dan Bangladesh hasil daripada semakan terhadap butiran pengenalan diri (pasport) dan aduan awam yang diterima.

Sebanyak 13 tindakan sita dan pindah barangan penjajaan seperti khemah, kerusi, meja, tong gas, dapur telah dibuat menerusi kesalahan di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan, Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016.

Manakala 5 penjaja tempatan yang memperolehi Lesen KL Prihatin turut dikenakan tindakan pembatalan lesen ekoran telah melanggar syarat kerana membenarkan lesen / tapak niaga mereka dikendalikan warga asing.

Tindakan ini dilaksanakan mengikut S.O.P dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL.

Pemantauan dan tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Sumber: DBKL