Jelajah Kasih Aidilfitri Parlimen Wangsa Maju

KEADILAN Wangsa Maju telah menghantar lebih daripada 200 bag sumbangan-ala-PKP berbentuk makanan asas kepada mereka yang memerlukannya.

Jelajah Kasih Aidilfitri berkunjung ke Kampung Bandar Dalam, Danau Kota, Taman Melati serta Seksyen 1, 2 & 4 – ramai penduduk tidak boleh pulang ke kampung untuk sambutan Aidilftri disebabkan PKP 3.0.

Terima kasih kepada para penyumbang dan sukarelawan AMK yang terlibat. Hari Raya yang berbeza tahun ini, namun disambut dengan penuh erti.

KEADILAN untuk SEMUA.