Jelajah Kasih Ramadhan kepada golongan pemandu Teksi

Tidak lupa juga bagi para pemandu teksi – KEADILAN dan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju berada di dua pangkalan teksi dalam siri Jelajah Kasih Ramadhan Wangsa Maju.

Pendapatan baru baru ini meningkat sedikit kerana bulan Ramadhan, namun mereka masih khuathir apa yang bakal berlaku berdepan dengan pandemik yang semakin serius.

Apa yang berlaku sekarang, adalah hasil daripada polisi kerajaan yang gagal membela nasib golongan B40.

Saya berharap rakan-rakan pemandu teksi saya seperti Hj Khalid dan Sdr Ghaffar dapat bertabah. Mereka juga seperti saya, pendukung reformasi institusi KEADILAN.

Apa kesusahan yang mereka lalui, kami harungi bersama.

KEADILAN untuk Semua.