Jelajah PRU15 di Desa Setapak dan Seksyen 2

我们今天去了旺沙玛珠新镇第2区巴刹和蒂沙文良港的美市中心走走。

Kami menjalankan jelajah ke lokasi-lokasi kedai makan Pasar Seksyen 2 dan Desa Setapak.

Sebenarnya, saya sering bersama ahli-ahli parti berkunjung melawat kawan-kawan yang berniaga.

Pengusaha kedai makan terjejas akibat inflasi dan ke tidaktentuan nilai Ringgit Malaysia. Mereka tidak berani menaikkan harga, kerana pelanggan akan membuat perbandingan.

Jaminan makanan adalah satu isu yang harus ditekankan di Malaysia. Walaupun inflasi adalah isu global sekarang, tetapi kerajaan sebelum ini telah gagal untuk membuat kerja-kerja untuk mengawal harga makanan sebelum ia meledak.

Ayuh Malaysia meletakkan isu makanan sebagai teras utama. Ia akan menjadi fokus kami dalam kempen PRU nanti.

#AyuhMalaysia
#KitaBoleh
#KEADILANUntukSemua