Jelajah Rahmah KEADILAN Wangsa Maju

Pagi Ahad jadual KEADILAN Wangsa Maju diisikan dengan program agihan kotak makanan Rahmah terus ke rumah penduduk terpilih.

Terima kasih saya ucapkan ahli parti yang berdedikasi, – Sdr Azmee Merak Warisan, Sdr Abu Bakar, Sdr Nik Omar, Sdr Ivan Khoo, Sdr Vijey Ravindaren dan Tn Wei Ban Kerk.

Penghargaan terhadap YBTM Fuziah Salleh, Timbalan Menteri KPDN atas sumbangan kotak Rahmah untuk disalurkan kepada cabang KEADILAN Wangsa Maju.