Jemputan Aidilfitri Amanah Bukit Bintang

Saya memenuhi jemputan Amanah Wilayah Persekutuan untuk sambutan Aidilfitri di Flat Hang Tuah. Penganjuran dibuat melalui Ketua Kawasan Bukit Bintang, Sdr Asri. Sebagai seorang sahabat dan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, saya wajar hadir memberi sokongan moral kepada Amanah atas semangat HARAPAN dan Malaysia Madani.

Sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, saya turut mengambil kesempatan untuk meninjau kerja-kerja pengindahan PA Hang Tuah yang dijalankan oleh DBKL. Saya hanya pernah melihat melalui laporan tetapi kali ini, saya berada di lokasi untuk melihat naiktaraf kawasan riadah dan mural di hadapan flat. Saya juga melihat terdapatnyq kerja naiktaraf infrastruktur di sekitar Lorong Meranti.

Kerja proaktif DBKL amat memuaskan dan berharap kerja-kerja ini memberi persekitaran yang lebih selesa buat penduduk Flat Hang Tuah.

Tahniah Asri sekali lagi.

Leave a Reply