Jemputan Aidilfitri Kawasan 4A, Taman Melati

Semalam, kami dijemput Sdr Azhar Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melati Kawasan 4A ke Majlis Sambutan Hari Raya dianjurkan Persatuan Penduduk Kawasan 4A, KRT Taman Melati 1, IKRAM Wangsa Maju, Perbadanan Pengurusan Taman Melati 4A dan TM Unifi.

Syabas diucapkan kepada En Azfhar, En Abdul Rahman, Pengerusi KRT, Tuan Haji Ibrahim, MPP Sub Zon 1 Wangsa Maju, En Amirul, Yang Di Pertua IKRAM Kuala Lumpur, En Abdul Halim dari Perbadanan Pengurusan Tmn Melati 4A dan En Kamaluddin mewakili pihak TM Unifi yang bersama-sama menjayakan majlis ini.