Jom Sihat MADANI @ Hospital Rehabilitasi Cheras

Jom Sihat Madani di Hospital Rehabilitasi Cheras telah berlangsung dengan berjaya. Program ini merupakan anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras.

Selain daripada objektif membuat program kesedaran kesihatan kepada masyarakat awam, ia juga satu progam untuk menaikkan jenama Hospital Rehabilitasi Cheras sebagai satu-satunya hospitsl bersasarkan proses pemulihan dan selaras dengan peranan kami sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital.

Majlis dirasmi oleh Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik Perdana Menteri mewakili Dato Seri Dr Wan Azizah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang berada di program Zoo Negara bersama Perdana Menteri pada masa yang sama.

Turut bersama kami adalah Dr Nor Aishah. Pengarah Kesihatan Negeri untuk WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta Dr Faizul Nizam, Pengarah Hospital Cheras Rehabilitasi.

Program mendapat sambutan yang merangsangkan. Terdapat 30 kiosk pameran dari agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta. Selain daripada itu, terdapat aktiviti demonstrasi daripada badan seperti Bulan Sabit Merah, Silat serta cabutan bertuah – memeriahkan pengisian program.

Pihak HRC mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan kepada penyumbang; antaranya Uncle Kentang yang telah menyumbangkan 3 unit “Hoist Sling Elevator Lifter” untuk pihak hospital.

Sebagai pengerusi, saya amat bangga atas kejayaan program yang mendapat kunjungan lebih daripada 1000 pelawat. Satu program yang berjaya, tidak dapat dilakukan tanpa penyelarasan baik dari pasukan ALP / pengurusan hospital, terutamanya Hj Saiful, Mihrab, Kak Ros, Hajjah Mariah dan ramai lagi.

Semoga semua mendapat manfaat daripada program ini.