Kaunter tuntutan gangguan bekalan air di Kampung Padang Balang

“Tumpuan pengguna seharusnya ambil tahu dengan keadaan semasa yang berlaku. Pengguna maseh tidak tahu hak mereka. Sedangkan pengguna dinegara negar a maju berkuasa memberi kesedaran kepada kerajaan khasnya.

Air. Sumber air maseh mudah kita dapati. Sungai tasek kawasan paya bekas lombong hatta perigi bawah tanah juga boleh kita usahakan mendapat air bersih yang tinggi mutu mineralnya.

Mengapa kita maseh ketinggalan menggunakan kurniaan Allah dibumi bertuah ini?

Setengah abad kita merdeka maseh ada lagi kekurangan kepayahan seksanya rakyat pengguna yang membayar air apabila bekalan air terputus. Jiran kita Singapura. Maseh kita boleh bekalkan air mentah. Mereka saring jual semula dengan kita. Tak mampukah kerajaan memperuntukan segala keperluan untuk tujuan ini.

Apakah air yang Allah kurniakan pada kita tidak tahu menggunakanya dengan penuh kenikmatan? Tidak adakah pakar saintis negara yang mahu mencetus usaha memperluaskan gunapakai sumber air kita?

Kita yang berkuasa mengguna air ini jawablah di akhirat nanti…”

HJ Rosden, Ketua Kampung Padang Balang
* Gambar kempen tuntutan gangguan air di perkarangan Masjid Saidina Ali, Kampung Padang Balang