Kawasan kedai di Jalan Prima Setapak 5 sering mengalami banjir kilat

Kawasan kedai di Jalan Prima Setapak 5 sering mengalami banjir kilat. Air daripada longkang sering melimpah ke dalam kedai.

Saya pernah membuat beberapa kali aduan kepada pihak DBKL dan Alam Flora. Hari ini, mereka membuat satu pintasan saluran air ke sistem pengaliran di sebelah.

Dengan ini, ia akan mengurangkan takungan air longkang di kawasan komersil ini.