KEADILAN & Ahli Parlimen Wangsa Maju dalam sumbangan duit Raya

Saya diberi amanat untuk menguruskan Sumbangan Aidilfitri Ahli Parlimen Wangsa Maju kepada 500 keluarga memerlukan.

Tahun ini, kami boleh menyambut Hari Raya setelah dua tahun dalam kekangan akibat pandemik. Sedikit sumbangan ini, boleh manfaatkan untuk perbelanjaan balik kampung dan baju raya. Namun, bukan semua yang memohon dapat dipilih. Bukan senang kerana setiap pemohon mempunyai kesulitan masing-masing.

Dalam ucapan saya, saya menekankan semangat muhibbah dalam program anjuran Ahli Parlimen Wangsa Maju. Dalam program sumbangan Hari Raya ini juga kami memastikan komuniti Cina dan India juga tidak terpinggir.

Jumlah penerima ini hanya segelintir daripada mereka yang terjejas. Ramai masih terkepit dalam kemelut pandemik dan politik sempit. Ditambah pula ura ura PRU tidak lama lagi, negara kita tidak akan bertambah maju dalam masa terdekat ini. Pendekatan baru harus dipratikkan. Slogan atau pidato tidak lagi boleh menjaminkan kualiti pentadbiran

Melihat riak muka penerima, saya percaya yang mereka juga mengharapkan halatuju negara diperbetulkan di landasan yang benar. Ini hanya boleh menjadi nyata, sekiranya pemimpin yang berwibawa dan ikhlas dipilih untuk mewakili suara rakyat di dalam Parlimen.

Sekali lagi, penghargaan setinggi tingginya kepada keprihatinan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew atas usaha ini.

Pasukan saya memang mantap. 👍👍👍