KEADILAN Wangsa Maju bidas Khairy terus-menerus ‘TAK TUNAI JANJI’

WANGSA MAJU, 28 Jun – Ramai pengundi di sini, oleh kerana kesulitan Covid-19, terpaksa menetap di rumah saudara mara untuk mengurangkan risiko jangkitan. KEADILAN Wangsa Maju menjejak mereka ini, kebanyakan tinggal sementara di kawasan berdekatan seperti Gombak dan Ampang. Ada daripada mereka yang juga telah dijangkiti dan dan kini menjalani kuarantin kendiri.

KEADILAN Wangsa Maju sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat walaupun kekangan kewangan akibat kezaliman kerajaan Perikatan Nasional (PN). KEADILAN Wangsa Maju senantiasa bersedia untuk permintaan sebegini. Melalui aktivis KEADILAN tempatan seperti Puan May dan Encik Vijendran, bantuan sering dihantar kepada pengundi Wangsa Maju yang terpaksa menjalani kuarantin kendiri di kawasan sekitar Gombak dan Ampang.

Ramai daripada mereka dijangkiti Covid-19 dari tempat kerja mereka dan tidak sempat mendapat suntikan vaksinasi walaupun telah lama mendaftar di aplikasi MySejahtera berbulan lamanya.
Memetik kenyataan (https://www.astroawani.com/…/vaksinasi-walk-selepas…), Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin mengatakan vaksinasi bakal dibuat secara ‘walk in’ tanpa temujanji selepas pendaftaran dibuat.

Namun ia tidak mencerminkan keadaan sebenar bahawa hakikatnya ramai berdaftar masih tidak mendapat jawapan. Dalam kempen mendapatkan tarikh temujanji vaksinasi Wangsa Maju yang bermula baru-baru ini, pasukan Parlimen KEADILAN Wangsa Maju mendapat ratusan permintaan setiap hari dari seluruh Lembah Klang dan kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan dalam fasa 2 & 3 telah berdaftar berbulan lamanya.

Sering terpapar dalam berita bahawa bekalan vaksin; biarpun dibeli atau diderma telah sampai ke tanah air, namun ‘berjuta-juta’ vaksin tersebut tidak dapat sampai ke tangan penduduk.
Dalam kemelut vaksinasi, agak terkilan apabila Menteri Khairy Jamaluddin mengumumkan program pembelian vaksin swasta mulai bulan Ogos sedangkan terdapat ramai lagi rakyat marhaen yang tidak mendapat temujanji mereka.

Rakyat terputus barangan keperluan dibantu sekadar yang termampu – hasil daripada ikhtiar daripada KEADILAN Wangsa Maju Masalah Covid 19 bukan sahaja melibatkan kesihatan. Isu kesinambungan hidup juga berada dalam tahap yang pasrah kerana ekonomi yang semakin menurun dan bantuan makanan tidak akan berkekalan sekiranya pintu mencari pendapatan semakin menutup.

Selagi ‘imuniti kelompok’ tidak dapat dicapai, selagi sektor ekonomi akan terbantut. Statistik tidak lagi menyebelahi Kerajaan Perikatan Nasional dengan beribu-ribu jangkitan baru setiap hari dan ia cukup membuktikan kerajaan ini tidak mampu menerajui pentadbiran negara. Apakah keperluan darurat sekiranya ia digunakan untuk melanjutkan hayat politik sesetangah pemimpin.

Titah diraja cukup jelas. Tafsiran saya? “Kerajaan Perikatan Nasional telah gagal!”

Sumber: Media Rania
https://www.mediarania.com/2021/06/28/keadilan-wangsa-maju-bidas-khairy-terus-menerus-tak-tunai-janji/amp/