KEADILAN Wangsa Maju Membuat Laporan Terhadap Najib Razak

KEADILAN Wangsa Maju telah membuat laporan polis terhadap Najib Razak pagi tadi di Balai Polis Setapak. Hj Kamil, dari Amanah Wangsa Maju juga turut hadir bersama.

Saya juga diminta untuk memberi keterangan di IPD Wangsa Maju pada petang tadi.

Laporan polis terhadap Najib Razak ini bertujuan untuk melaporkan kecuaian beliau selaku bekas Perdana Menteri yang telah menyebabkan negara berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu.

Ayuh Malaysia! Isu kedaulatan negara isu kita bersama