Kebakaran di Blok C1 Flat Melati

Satu kebakaran kecil berlaku di Blok C1 Flat Melati tengah hari semalam. Linda dan Fariz dari pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju bergegas ke kawasan selepas mendapat panggilan daripada pemimpin komuniti Sdr Abu Bakar.

Pengerusi kawasan Pak Raja telah diberitahu berkenaan kes ini dan mangsa menetap di Dewan C1. Sedikit bantuan makanan telah dihulurkan kepada Pn Noraini.