Kebakaran di PPR Gombak Setia

Pagi hari ini dikejutkan dengan satu insiden kebakaran di PPR Gombak Setia.

Sumber gambar dan video daripada Hj Khir dan Sdr JJ, menunjukkan banyak kereta(12) dan motorsikal(53) dibakar dipercayai secara sengaja.

Mengikut keterangan penduduk, kejadian berlaku pada pukul 4.45 pagi. Pasukan Balai Bomba Wangsa Maju dan Balai Polis Setapak masih lagi berada di kawasan untuk siasatan.