Kebakaran tadika KEMAS di Flat Taman Melati>

Sdr Abu Bakar, Ketua Ranting Flat Taman Melati menghubungi saya senja tadi berkenaan dengan kebakaran tadika KEMAS di Blok A7, Taman Melati.

Saya hanya sampai pukul 10 malam tadi dan sempat meninjau kerosakkan bersama cikgu-cikgu dan pengerusi persatuan penduduk Sdr Azhar.

Hanya sedikit kerosakkan dan semasa kejadi berlaku, tidak ada sesiapun berada dalam tadika.

Masalah dikatakan berpunca daripada kabel utiliti yang terbakar petang tadi. Internet terjejas buat sementara dan saya telah menghubungi TM untuk segerakan  penyambungan semula besok pagi.