Keluarga susah di Jalan Puah Jaya

Pn Rohana sekeluarga menyewa bilik di Jalan Puah Jaya, berdekatan dengan Kg Puah dalam keadaan papa kedana. Tempoh PKP yang mencabar menyebabkan keluarga ini tidak mendapat pendapatan. Walaupun menerima bantuan bulanan, mereka tidak dapat lagi mampu membayar sewa dan terpaksa mencari rumah baru.

Kami telah mengaturkan MAIWP untuk melawat dan memahami keadaan keluarga. Dalam masa terdekat, Baitulmal akan mencari sebuah rumah baru untuk keluarga asnaf ini.

Sementara itu, sedikit sumbangan makanan daripada Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju diharap dapat mengurangkan beban keluarga buat waktu ini.

Kami menghargai usaha Ustaz Ishak daripada Baitulmal bergegas untuk kes ini, walaupun masih bercuti raya.

Terima kasih juga kepada warga kota, Sdr Nazrin yang banyak menolong dan menghubungi kami berkenaan dengan kes ini.