Kemalangan di Setapak Indah Jaya

Satu kemalangsn hampir berlaku di sebuah kediaman flat dalam kawasan Parlimen Wangsa Maju. Pelaku jatuh ke atas ‘awning’ dan tergantung sehingga pihak Polis dan Bomba bergegas untuk menyelamatkannya. Tidak ada kecederaan atas mangsa.

Kesempitan hidup kadang kadang memaksa seseorang untuk menamatkan hidupnya. Kajian ‘National Health and Morbidity Survey’ setiap tahun menunjukkan kes tekanan jiwa dan kemurungan yang semakin meningkat.

Banyak faktor mengapa ia boleh berlaku tetapi hakikatnya, ahli-ahli dalam komuniti boleh memain peranan untuk sentiasa peka dengan masyarakat setempat.

Seseorang yang memikirkan tentang bunuh diri
mungkin berasa terpencil dan putus asa. Ia boleh dikesan awal, tanpa memerlukan kepakaran peofessional. Ia hanya memerlukan telinga yang sedia mendengar.

Jangan terburu-buru, masih ada lagi harapan….