Kemaskini BKM untuk Penduduk

Pendaftaran dan kemaskini BKM yang sedang dijalankan di PPR Gombak Setia. Tarikh terakhir adalah 31 Januari 2022, sebab itu ramai penduduk berpusu untuk membuat kemaskini saat terakhir.

Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan berkunjung ke program dan sambil kami bersantai dengan penduduk yang hadir.

Antara yang dibincangkan adalah kenaikkan kes Covid 19 di kawasan sekitar. Selain daripada memberi sumbangan, kami juga berharap penduduk dapat lagi ketatkan SOP masing untuk mengawal penularan wabak.

Cuti Tahun Baru Cina, baik dimanfaatkan untuk berehat di rumah bersama keluarga.