Kembali ke Ampang, SJKC On Pong

SJKC On Pong walaupun bukan alma meter saya, namun ia merupakan sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak saya di Ampang. Adik beradik saya menetap di sekolah ini, walaupun saya dihantar ke sekolah kebangsaan pada masa itu. Membesar di Pekan Ampang tidak boleh lari daripada nama SJKC On Pong.

Saya memenuhi jemputan ke SJKC On Pong pada 30 Mac 2023 oleh pengerusi lembaga sekolah Datuk Ong untuk menjadi saksi penerimaan sumbangan.

Nama Datuk Ong, pengasas Bintang Supermarket merupakan satu nama yang benar-benar VIP semasa saya masih kecil, namun tidak dapat disangka saya dijemput ke sekolah untuk tujuan mulia.

Bersama saya adalah Pengerusi SJKC Lee Rubber, Encik Ong dan rombongan pengelola sekolah serta wakil daripada Lee Rubber Foundation, En Gan untuk menyampaikan cek berjumlah RM200 ribu untuk tujuan naiktaraf infrastruktur sekolah.

SJKC On Pong dalam ingatan saya merupakan sebuah sekolah separa biayaan kerajaan, oleh itu memori saya berkenaan dengan murid-murid sekolah mengumpul dermaan tabung sekolah masih lagi segar dalam ingatan saya. Saya percaya, sesiapa daripada komuniti Cina yang membesar dalam tahun 80an mempunyai pengalaman sama.

Kini, bekas jiran yang saya kenali selama 40 tahun, Alex Chan menjadi pengerusi PIBG sekolah.

Saya berharap On Pong terus maju dibawah pengelolaan pasukan Datuk Ong dan Alex.

Dalam perbincangan kami, juga disebutkan usaha untuk menjadikan SJKC On Pong dan Lee Rubber sebagai ‘sister school’. Saya berharap ia dapat dimeteraikan.