Kempen Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2020

KEMPEN BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2020

Jabatan Perangkaan Malaysia telah melancarkan Kempen Bancian pada 7 Julai 2020. Kali terakhir bancian adalah Julai 2010.

Kempen kali ni melalui 2 Fasa iaitu Fasa 1 bancian atas talian E- Census (7 Julai – 30 September) manakala Fasa 2 bancian secara bersemuka (7 Okt – 24 Okt)

Atas insiatif Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju, wakil Jabatan Perangkaan hadir memberikan taklimat penerangan dan cara bancian dijalankan kepada semua wakil masyarakat melalui Majlis Perwakilan Masyarakat (MPM) Wangsa Maju.

Moga Bancian ni dapat dijalankan secara menyeluruh agar kita dapat memperoleh data terkini penduduk Wangsa Maju demi pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Kebajikan Rakyat Wangsa Maju Keutamaan Saya”

Kekal Bersama !

Laman Utama – https://ecensusreg.mycensus.gov.my/

Laman Eksklusif (untuk WPKL sahaja) – https://ecensusreg.mycensus.gov.my/