Kenderaan terbiar ditarik di Taman Medan Idaman & Taman Setapak

Kenderaan terbiar di sebelah Idaman Suria dan Tadika Lee Rubber telah diberi beberapa kali notis (yang terbaru semalam) untuk mengalihkan kenderaan.
Walaubagaimanapun, kenderaan-kenderaan ini telah telah berada disana bertahun lamanya.

Susulan daripada aduan, pegawai penyelaras DBKL zon Sdr Syazwan mengambil maklum isu ini dan pihak penguatkuasa telah membuat tindakan pagi tadi.