Kenduri Kahwin @ Kg Sungai Merali

Pada hari Maal Hijrah, kami dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Sungai Merali. Terserempak dengan ramai kawan di sini, ada yang telah 2 tahun tidak bersua.

Bapa pengantin perempuan, Pak Leman Janggut merupakan pengasas persatuan penduduk dan seorang yang komited dalam hal ehwal penduduk di sini. Senang untuk mengecam Pak Leman dengan janggut yang panjang ini.

Kepada pengantin baru Azrul dan Anisah, selamat memulakan gaya kehidupan yang baru. Semoga segera di beri keturunan yang shalih dan shalihah.